top of page

SEJARAH KOLEJ

Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya juga dikenali sebagai SMK Petaling Jaya sebelum tahun 2017. Ia merupakan sekolah jenis Mod 1 yang kedua di Malaysia selepas SMK Bandaraya 2 di Sabah. Sejarahnya bermula seawal 17 Februari 2014 dan tujuannya ditubuhkan adalah kerana aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia selari dengan matlamat PIDP. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan identiti nasional negeri Selangor.

BUDAYA KOLEJ

Pelajar-pelajar di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya akan dilayan dan dipandang sebagai seorang dewasa muda yang berdaya saing, inovatif, proaktif, bersemangat kerjasama, berfikiran matang dan bersikap sanggup belajar. Guru-guru di sekolah juga akan menolong pelajar-pelajar seberapa daya upaya untuk memastikan pelajar-pelajar mencapai aspirasi mereka.

bottom of page